Dalam dunia moden hari ini, kegunaan Lidah Buaya yang paling dikenali ramai ialah sebagai ejen untuk melegakan dan memulihkan luka. Akan tetapi, ramai para penyelidik percaya bahawa Lidah buaya boleh membawa lebih banyak manfaat yang lain disamping menolong memulihkan luka.
Bukti yang telah dikumpulkan daripada perakuan pengguna yang berpuas hati dengan penggunaan Lidah Buaya dan eksperimen makmal mencadangkan bahawa Lidah Buaya boleh membantu untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan daripada masalah kulit hingga ke masalah dalaman yang berkait dengan usus dan sistem imun.

LIDAH BUAYA KAYA DENGAN
Lignin - boleh membawa nutrien dan komponen-komponen bermanfaat jauh ke dalam kulit untuk menyuburkan kulit dan untuk menyingkirkan kotoran serta toksin-toksin.
Asid-asid Amino - menggalakkan penjanaan semula dan pembaikan sel-sel kulit.
Kompleks Antrakuinon, vitamin-vitamin dan pelbagai bahan yang baik untuk kulit - melindungi kulit, memudahkan pembaikan dan pembaharuan sel-sel, serta menyediakan manfaat sifat-sifat penenang dan anti keradangan.

SIAPA KAMI?
FOREVER, syarikat pengeluar produk Aloe Vera NO. 1 dunia, telah ditubuhkan di AS pada tahun 1978 oleh Rex Maughan. Ia adalah nama yang anda boleh YAKINI untuk membawa khasiat alam semulajadi yang amat mengagumkan ini kepada anda.
Produk Aloe Vera FOREVER diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1983. Produk utama FOREVER iaitu minuman Gel Aloe Vera yang distabilkan 100% bukan sahaja merupakan produk FOREVER yang paling laris di Malaysia tetapi ia juga adalah antara produk-produk kesihatan yang paling laris jualannya di seluruh dunia. Walaupun terdapat banyak jenama Aloe Vera yang lain dalam pasaran, FOREVER amat berbangga bahawa ia merupakan pemimpin yang tidak tercabar bagi Aloe Vera.
Kualiti Yang Terbaik
Satu perkara yang menampilkan FOREVER ke depan ialah komitmennya untuk hanya mengeluarkan produk-produk yang berkualiti paling tinggi. Dari ladang pemprosesan dan pengilangan sehingga ke pengedaran, FOREVER melaksanakan sistem pengawalan kualiti yang ketat untuk menentukan bahawa kualiti produk sampai ke tangan pengguna adalah yang terbaik. kemujaraban dan potensi Aloe Vera adalah dikekalkan pada tahap maksima melalui langkah-langkah seperti perladangan secara organik 100% tanpa penggunaan sebarang racun perosak ataupun baja kimia, pemprosesan dengan menggunakan proses penstabilan yang berpaten, persekitaran pengilangan yang bersih dan sistem kawalan kualiti yang ketat.
Bahan-Bahan Kandungan
Tidak seperti kebanyakan jenama lain yang hanya mengandungi beberapa titis Aloe Vera sahaja dalam produk-produk mereka, Aloe Vera pastinya kandungan utama dalam semua produk Aloe Vera keluaran FOREVER. Walaupun terdapat lebih daripada 300 spesis Lidah Buaya, hanya 5 jenis sahaja yang diketahui mempunyai sifat-sifat yang bermanfaat untuk kegunaan manusia dan 5 jenis tersebut yang didapati paling mujarab ialah spesis Barbadensis Miller. Untuk menjaminkan bahawa hanya yang terbaik sahaja yang digunakan dalam produknya, FOREVER hanya menanam spesis ini dan hanya menuai dan menggunakan daun-daun yang cukup matang, justeru itu paling tinggi potensinya.

Untuk itu, kami menjemput anda meneroka halaman-halaman berikut untuk menemui sebuah dunia produk-produk kesihatan dan kecantikan dengan kualiti dan kecemerlangan yang tiada bandingannya!
Kami mengalu-alukan sebarang komen, pandangan, cadangan, pertanyaan daripada rakan-rakan sekalian untuk kami memperbaiki perniagaan kami di masa hadapan.
Sila tinggalkan sebarang komen, pandangan, cadangan membena atau pertanyaan tentang masalah anda. Kami akan cuba membantu menyelesaikan sebarang persoalan yang diajukan.